Tuesday 26 February 2013

Shawl @JasMine

 Layan je la ek gambar ni. penat dah taip td. tapi 1 insiden telah berlaku..nanti bila dah ada mood baru tulis balik..huhuu




Ok..yang ni plak eklusif tuan punya..homemade bunga Riben (cara-cara nak buat sila rujuk DIY)

Wednesday 20 February 2013

Hantaran Pertunangan Rina

Salam...
Oleh sebab tuan punyer badan hantaran ni dah tanya, mana gambar hantaran tunang hari tu. kenapa tak upload, so saya pun bercadang untuk masukkan. Minta jasa baik Rina untuk send gambar yang ada kat dia.

Hantaran ni buat sama-sama ngan Rina..yang dark blue tu sebenarnya adalah color purple..tapi ntah macam mane camera samsung tak boleh detect color purple..so, jadi lah color dark blue mcm tu. then ambik gambar pakai camera sony, memang clear color dia, tp kejadian sadis telah berlaku..sampai hari ni masih sedih lagi.
 ni je la satu-satu nya gambar yang ada pada saya..sebab gambar ni ambil pakai note. huhuhu


Next, layan gambar hasil ihsan dari Rina..in the making of hantaran and once it ready...



so ini lah hasilnya setelah bertarung menyiapkan benda ni.. credit to Rina for her good work.
 p/s: bunga ni semua Rina yang wat sendiri..saya cuma wat contoh jer...fast learner..keep it up Rina...hahaha

Monday 18 February 2013

Hantaran Rina

 Assalamualaikum...
Kali ni just nak share gubahan hantaran yang ditempah oleh Rina. Terima kasih pada Rina dan Lan untuk tempahan ini. Buat dengan penuh kasih sayang untuk kedua-dua adikku ini. Sorry if rasa tak cantik. al maklumlah saya ni bukan professional. buat pon suke-suke jer..
JasMine-Perfume & SKII Rina

JasMine-Kasut & Handbad Rina

JasMine-Jam Rina

JasMine-Telekung Rina

JasMine-Buah

JasMine-Baju

Gambar tak berapa nak clear sgt. terlebih putih..sebab guna Lomo Camera. nanti ada masa saya akan upload pakai sony plak. Gambar dia lagi cun kot..blue n pink tu akan lebih menyerlah..hope so...
kepada budget B2B boleh la wat sendiri. tak susah mana pun. cuma perlu ada idea. mane nak dapat idea?? kena la bersiar-siar kat blog-blog otai untuk dapatkan idea..bila dah banyak tengok contoh, maka idea akan datang sendiri. mix n match pon boleh la...


Kalau ada sesiapa yang berkenan dan berhajat untuk tempah, sila la yer..hihi do email to norasofya@yahoo.com..


Sunday 17 February 2013

DIY Bunga Riben

Salam....
Apa khabar semua...apa aktiviti kamu semua dihujung minggu macam ni? Penuh aktiviti or kebosanan seperti saya..makan tidur je.. ok, disebabkan kebosanan yang sangat menebal dalam diri ini, maka saya dengan ini telah menarik semula bakul riben saya.. ape yang ade dalam bakul ni? Tak lain tak bukan adalah pelbagai warna riben dan jenis. Fyi, saya baru sahaja menyiapkan tempahan hantaran dari kawan saya sendiri untuk majlis pada akhir bulan march nanti. Dah siap buat hantaran rase lega sgt, tp dalam masa yang sama bosan plak sebab dah tak ada benda nak fikir kan...
Ok tanpa membuang masa, jom tgk ganbar di bawah ni. 1 gambar sahaja dh cukupkan untuk diy ni...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Riben 1/2"
2. Jarum
3. Benang
4. Gunting dan pensil

Cara-caranya adalah.....
Ukur riben sepanjang 5 inci dan tandakan untuk setiap jarak 1 inci. Kemudian jahit jelujur menjadi seperti huruf U pada setiap tandaan yang dibuat tadi..kiranya ada 5 U la..setelah 5U telah dibentuk, maka tariklah benang tadi sehingga berkedur dan matikan ia ditempat permulaan tadi.. dah siap...mudah kan
So, pada mereka yang nak mencuba, dipersilakan...kongsikan hasil anda bersama yang lain.. Selamat mencuba...

JasMine DIY Bunga Riben