Sunday 17 February 2013

DIY Bunga Riben

Salam....
Apa khabar semua...apa aktiviti kamu semua dihujung minggu macam ni? Penuh aktiviti or kebosanan seperti saya..makan tidur je.. ok, disebabkan kebosanan yang sangat menebal dalam diri ini, maka saya dengan ini telah menarik semula bakul riben saya.. ape yang ade dalam bakul ni? Tak lain tak bukan adalah pelbagai warna riben dan jenis. Fyi, saya baru sahaja menyiapkan tempahan hantaran dari kawan saya sendiri untuk majlis pada akhir bulan march nanti. Dah siap buat hantaran rase lega sgt, tp dalam masa yang sama bosan plak sebab dah tak ada benda nak fikir kan...
Ok tanpa membuang masa, jom tgk ganbar di bawah ni. 1 gambar sahaja dh cukupkan untuk diy ni...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Riben 1/2"
2. Jarum
3. Benang
4. Gunting dan pensil

Cara-caranya adalah.....
Ukur riben sepanjang 5 inci dan tandakan untuk setiap jarak 1 inci. Kemudian jahit jelujur menjadi seperti huruf U pada setiap tandaan yang dibuat tadi..kiranya ada 5 U la..setelah 5U telah dibentuk, maka tariklah benang tadi sehingga berkedur dan matikan ia ditempat permulaan tadi.. dah siap...mudah kan
So, pada mereka yang nak mencuba, dipersilakan...kongsikan hasil anda bersama yang lain.. Selamat mencuba...

JasMine DIY Bunga Riben

No comments:

Post a Comment